Wednesday, August 18, 2010

Menghargai Masa (The Value Of Time)



"Masa itu Emas"

Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Pada hari ini dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat. Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya peluang keemasan.

"Those who make the worst use of their time most complain of its shortness" - La Bruyere.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." - Al Quran, 103 :1-3

"An inch of time cannot be bought by an inch of gold." - Chinese Proverb.


Pesanan : Gunakanlah masa itu dengan bijak untuk setiap perilaku kita, sama ada rasmi, tidak rasmi atau persendirian.

Amalan positif sebagai pekerja:

  1. Menepati masa.
  2. Menyegerakan tugas.
  3. Mempunyai perancagan waktu.
  4. Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
  5. Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif.
  6. Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja.
  7. Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.

Penggunaan masa secara maksimum memerlukan disiplin diri yang ketat. Caranya ialah dengan menggunakan catatan penggunaan masa (time log) setiap hari. Ini adalah satu tabiat yang mesti dimula dan dikekalkan.

Tepat pada masa adalah satu tabiat yang mesti diamalkan, tabiat ini wujud hasil daripada ketinggian maruah diri dan adanya rasa hormat kepada orang lain.

Pegawai atasan perlu mengetahui secara menyeluruh matlamat kerja, bidang kerja dan jangka masa yang diambil untuk menjalankan tugas-tugas apabila memberi arahan kepada pegawai bawahannya.

Seseorang pegawai hendaklah tidak melengahkan kerja yang diarahkan. Sekiranya kerja-kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa sejam, beliau tidak seharusnya mengambil masa sehingga dua hari.


Muat turun [ Tonggak 12 ]