The Pleasure of Working
Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan, mala bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan. Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. Ketiga, jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
"Work done spontaneously and joyfully is never appressive," tegas Mahatma Gandhi.
Amalan Positif :
Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai yang perlu dititik beratkan di dalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah :
(i) Kerja adalah Ibadah.
(ii) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
(iii) Komitmen terhadap kerja
(iv) Sedia bekerjasama

- Menganggap kerja sebagai ibadat
- Mempunyai inisiatif sendiri
- Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
- Mempunyai komitmen terhadap kerja
- Sedia memberi kerjasama
- Konsep kerja sebagai ibadat akanmenimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas.
- Keseronokan bekerja lahir daripada sikap positif terhadap tugas dan sesuatu tugas itu dihasilkan daripada inisiatif sendiri.
- Kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru.
- Untuk menjadikan seseorang pekerja itu seronok beliau hendaklah diberitahu bahawa kerjanya itu penting dan membantu organisasi itu; bahawa kerja yang bermutu akan diberi pengiktirafan dan bahawa sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.
- Kerja tidak akan membosankan jikalau pekerja itu mendapatkan ganjaran yang setimpal dengan kerjanya. Kerja akan menjadi menyeronokkan sekiranya hasil kerja diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas.
- Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif seseorang itu perlulah sentiasa didedah dengan perkembangan baru dalam bidang kerjanya.
- Menganggap kerja sebagai beban
- Tidak komited
- Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
- Tidak diberi masa yang mencukupi
- Kerja tidak diiktiraf
- Hanya menunggu arahan
- Tidak berdisiplin
- Tidak suka menolong
- Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
- Tiada peluang untuk meningkat
- Tidak dipercayai dan selalu dicurigai